Friday, May 21, 2010

Perkahwinan Maisarah Yusof - Memori 2007

Sekadar mengimbau kenangan hampir tiga tahun lalu. Perkahwinan Maisarah berlangsung pada 23 Julai 2007 di Kg Banggol, Kuala Terengganu. Saya turut menawarkan diri menyolekkan beliau tanpa sebarang caj..Maisarah ni sebenarnya sepupu saya. Jadi tak salah jika kita turut sama membantu menjayakan majlis beliau. Solekan akad nikah dan persandingan sangat ringkas memandangkan peralatan yang digunakan sangat2 terhad. Solekan yang terhasil pun adalah hasil gabungan barang makeup saya, Maisarah dan adiknya Shahida. Awal2 lagi dah pesan kat Maisarah,kita guna jer apa yang ada. Berbekalkan dengan satu berus eyeshadow (itulah satu2nya berus untuk makeup mata yang saya ada pada masa tu huhu tapi sekarang koleksi berus hampir mencecah ratusan ^-^) dan satu berus blusher, saya cuba memberikan yang terbaik. Niat di hati cuma satu, biarlah dia menjadi wanita yang paling manis pada hari itu.
Inilah hasil solekan saya pada Maisarah. Tiada eyelashes dikenakan...sebagai menghormati permintaan pengantin yang mahu bergaya ringkas. Semoga jodoh Maisarah & suami kekal hingga ke akhir ayat.
Rentetan daripada majlis itu juga, saya mula mengumpul sedikit demi sedikit barangan & peralatan solekan, polishing skills & enhancing techniques di samping minat dan bakat yang sedia ada. Wish me luck! 



 Me & Maisarah

Solekan nikah

She's so sweet

Solekan persandingan

Merah hati menjadi warna asas solekan

Hanya maskara penyeri mata

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home